Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap..." - Masih Dikaitkan Dengan Kontroversi Lalu, Ini Komen Nabil Mahir

Kamaruddin Razal 12/12/2019 | 07:54 MYT
Biarpun sedang menjalin cinta dengan penyanyi Ayda Jebat, pengacara Nabil Mahir masih lagi dikaitkan dengan kontroversi terdahulu bersama bekas kekasihnya.
Tidak cepat melatah, Nabil mengakui tidak kisah dengan sikap segelintir wargamaya yang membuat andaian serta spekulasi.
"Masing-masing ada pendapat tersendiri. Ada yang membuat andaian, tetapi saya mahu memandang ke hadapan. Tak kisah apa orang nak cakap, saya tidak terkesan dan memandangnya dari sudut positif.
"Saya tak mahu terlalu fokus memikirkan apa orang mahu katakan. Apa yang baik, saya simpan dan apa yang buruk, saya jadikan sempadan serta menjadi pembakar semangat.
"Bercakap soal hubungan saya dengan Ayda, saya sangat selesa mengenali dia sebagai kekasih dan saya memohon agar semua pihak mendoakan yang baik-baik," katanya.
BACA: Mengaku Bercinta, Nabil Mahir & Ayda Jebat Dah Bertemu Keluarga Masing-Masing
Pernah menjadi pengacara program hiburan HLive, Nabil mengakui kini dia memperlahankan rentak dalam bidang seni.
"Saya masih menerima beberapa tawaran untuk menjadi pengacara, tetapi kini saya memberikan lebih fokus terhadap bidang perniagaan.
"Kini, saya sedang menguruskan bisnes keluarga dan buat masa ini, saya masih belum boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara terbabit tetapi semuanya dalam perancangan," katanya lagi.
#Ayda Jebat #Nabil Mahir
;