Laman Utama

“Tak Kisah Flat Aje Pun” - Michael Ang Nasihat Beli Rumah Sebelum Usia 28, Netizen Pula Kata...

gempak
Izwan Isa
24/11/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kisah Flat Aje Pun” - Michael Ang Nasihat Beli Rumah Sebelum Usia 28, Netizen Pula Kata...
Menerusi hantaran di Instagram, pengarah dan penerbit Michael Ang menasihati golongan muda supaya merancang kehidupan dan masa hadapan dengan membeli aset berharga seperti rumah.
Menurut Michael, tidak kisah jika rumah yang dibeli adalah rumah flat asalkan sebelum 28 tahun sudah memiliki rumah sendiri.
“Nasihat kepada anak-anak muda Malaysia! Please plan for your life, before 28 tahun mesti ada rumah, tak kisahlah kalau flat sahaja pun (aku pun duduk flat sahaja).
“Sedikit wang savings dan self transport (kereta or motor ok sahaja) berhutang tu make sure boleh bayar balik monthly,” tulisnya.
Menurut Michael lagi, lebih baik fikirkan tentang masa hadapan daripada menghabiskan wang untuk membeli sesuatu dengan niat menunjuk kepada orang semata-mata.
“Kalau yang baca dan dah lebih 28 tahun dan tak ada seperti di atas, baik kau orang fikirkan hidup you all and do something about it. Tak payah lah habiskan duit beli benda untuk tunjuk dekat orang yang kau ada kelas dan mampu. Setuju ke tak?” Michael memulang kembali soalan kepada pengikutnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Michael termasuk rakan artis bersetuju dengan pendapat pengarah berkenaan.
“I last time like that laa... Dok target nak rumah flat pun jadilah... Mana yang mampu... Pakai Proton Iswara manual... Sampai kena kecam jugak dengan orang kampung... Pakai Iswara je... Kami sabar je,” komen penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah.
“I beli my first apartment when I was 27. I still live in it sebab dah bayar habis and I don't have to pay for housing loans. It's a small apartment but it's enough. It allows me to reject jobs yang I rasa tak selesa nak buat because money is not a big issue. I can live with less,” kongsi pengarah Nizam Zakaria pula.
Sungguhpun begitu, seorang pengikut Michael menasihati supaya beli rumah hanya apabila sudah mampu, tidak tertakluk pada usia 28 tahun seperti yang dicadangkan.
“Bab beli rumah tu aku setuju. Yang before 27 tu kurang setuju. Everyone has their on timeline. Ada je beli rumah umur 40. The point is kalau mampu beli awal beli. Kalau tak mampu usaha lagi dan beli. Beli la bila-bila you rasa mampu and as long as you happy,” tulisnya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan menerusi Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini memberi galakkan kepada golongan muda yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan RM2 bilion yang disediakan melalui skim tersebut juga dapat memudahkan rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap membeli rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024