Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Tak Kisah Hang Siapa Tapi..." - Caprice Selar Tindakan Lelaki Menari Dalam Kubur!

Asraf Aided 24/09/2020 | 04:10 MYT
Rapper dan usahawan popular, Caprice meluahkan rasa kesal melihat tindakan dua orang lelaki menari dalam kubur menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.
Menurut Caprice, perkara yang melibatkan jenazah dan kematian tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka.
"Dua orang menari dalam kubur, kalau hang nak menari, ada banyak tempat, dekat rumah, gym, dan kelab.
"Tak kisah hang siapa, Tan Sri ke, Datuk, pekerja bank, artis, orang kaya, orang miskin, kereta terakhir kita akan guna bukan Mercedes, bukan BMW, bukan Range Rover bukan Jeep, tetapi kita semua akan guna van jenazah.
"Dan rumah terakhir kita akan duduk bukan banglo, bukan kondo tetapi kubur.
"Tak kisah hang siapa, tapi kita semua akan duduk dalam kubur, perkara kematian dan jenazah jangan buat main," katanya dalam sebuah video di Instagram.
Dalam video yang tular itu, dua orang lelaki kelihatan menari dalam sebuah lubang seakan-akan kubur yang baru sahaja digali.
Perkongsian Caprice itu semestinya mendapat perhatian dari warganet, rata-rata mereka turut berasa kesal melihat kejadian tersebut.
Walaubagaimanapun, ada juga yang meragui sama ada video tular itu dirakam di Malaysia ataupun di negara jiran.

Nak menari macam tu, club kan ade.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

#Viral #Viral #Caprice #Menari Dalam Kubur
;