Laman Utama
“Tak Kisah Kalau Abah Nak Jumpa, Tapi Abah Kena Buktikan Dulu Dia Dah Berubah…” - Cik B
Anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 15, berkata, dia cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.
“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu, mungkin tidak kot.
“Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan…Insya-Allah, kalau abah nak berjumpa saya okay sahaja.
“Cuma satu, saya harap sangat abah benar-benar sudah berubah dan kalau dia dah berubah, buktikanlah kepada saya dahulu.
“Tak mahulah macam dulu, jumpa saya tapi lepas tu suruh minta duit kat mama,” katanya.
Tambah Cik B lagi, dia hanya mengetahui mengenai tuntutan dibuat bapanya selepas diberitahu oleh salah seorang kakitangan DSV.
“Memang staff mama yang beritahu dan reaksi saya masa tu macam blur dan tanya kat mama. Mama pula memang sangat tenang mengenai berita tersebut.
“Bila tengok mama tenang, saya pun tak tertekan. Asalkan mama happy, saya dan Kacak pun happy. Saya tengok mama tak fikir sangat tentang benda tu, lagi pun dia sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak fikir benda-benda lain,” kata Cik B positif.
Mengulas mengenai kecaman netizen terhadap bapanya, Cik B berkata dia tidak marah kerana tidak membaca komen negatif.
“Saya tak marah sebab saya tak baca komen negatif, saya just let it be. Cuma mungkin saya rasa marah pada diri sendiri sebab pernah tulis dekat Twitter tentang masalah keluarga yang sepatutnya menjadi privasi.
“Disebabkan itu ramai yang mengungkit dan korek balik kisah lalu. Saya tak ada rasa apa-apa pun, tapi netizen yang tertekan.
“Mereka ambil berat tentang saya, tak apalah…Saya okay tak ada trauma, cuma mungkin kesan tersebut lebih kepada diri mama.
“Mama yang lalui kisah perit dalam hidupnya dulu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam perkembangan lain, Cik B baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk telemovie Puteri Felora yang bakal ditayangkan di Astro Ceria pada Januari 2021.
Pada Selasa lalu, Mohd Amin yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) bersama anak-anak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
BACA:
- Bekas Suami DSV Tuntut Hak Lawatan Anak, Dakwa Hampir Dua Tahun Tak Jumpa Cik B & Kacak!
- “Saya Teramat Rindukan Anak…Kali Terakhir Jumpa Pada 2018, Ada Cuba Telefon Tapi…” – Bekas Suami DSV
- Bekas Suami Tuntut Hadhanah, Datuk Seri Vida Mohon Diberi Ruang – “Semua Ini Demi Keselamatan Anak-Anak…”
- Dia Buat Saya Macam Dengan Arwah Anak Dulu" - Bekas Suami Vida Terkilan Anak Sampai Tak Dibenar Pulang Jumpa Atuk Ketika Meninggal Dunia