Tak Kisah Makan Makanan Di Tepi Jalan, Safiey Bagi Duit Lebih Kepada Peniaga Kecil

Zulaikha Yusof
Ogos 11, 2020 04:00 MYT
Usahawan kontroversi, Safiey Illias akui tidak kisah untuk makan atau membeli makanan daripada peniaga kecil di tepi jalan.
Menurut Safiey, dia asal daripada keluarga yang susah jadi sudah terbiasa.
"Saya orang biasa lahir daripada keluarga susah. Jadi saya okey je makan atau beli makanan dekat gerai.
"Saya ratu semesta alam, saya bukan diva. Gitu," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Syinta Gila menyatakan antara salah satu punca rezekinya tidak pernah putus adalah berkongsi dengan orang lain terutama pada waktu pagi.
"Tadi saya kasi lebih duit dekat akak ni, kongsi rezeki . Lagi-lagi waktu pagi, mencurah-curah rezeki tau.
"Bukan nak riak cuma tu tips dan cara saya menjala rezeki. Yang penting tak kosong akak ni.
"Kenapa banyak-banyak gerai ratu singgah dekat gerai akak ni?? Gituu. Indah pada waktunya.
"Jadi pada semua wira-wira papan kekunci, jangan diva sangat lah hidup ni. Ingat ja asal usul.
"Kalau kad pengenalan tu dah tulis lahir dekat Felda , Felda jugak lah. Kalau dah tulis lahir dekat Chini, Chini jugak lah," tulisnya lagi.
#Peniaga #Safiey