“Tak Kisah Nak Kata Apa, Yang Menyindir Tu Ada Bantu Ke?” - Joyrevfa

Mya Amri
Januari 29, 2018 10:44 MYT
Jutawan kosmetik, Joyrevfa enggan mengambil peduli komen-komen negatif mengatakan bungkusan produk kecantikannya berkonsepkan ala Fairytale sebagai Tahyul.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin berkongsi pendapatnya mengenai perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Joy, produk yang dihasilkan sejak tahun 2015 ini banyak memberi manfaat kepada ramai wanita.
Manakala mereka yang mengutuk produk tersebut pula tidak memberikan apa-apa sumbangan dan hanya pandai menyindir sahaja.
“Saya tak kisah pun orang nak kata produk saya berkonsepkan ala-ala Fairytale ni adalah Tahyul & Fantasi sangat.
“Terkadang ada yang konon-konon tergelak bila melihat packaging produk MERVE ala-ala remaja/budak-budak.
“Yang tergelak sindir tu, ada bantu atau memberi sumbangan sesama wanita ke? Gelak lah dik non puas-puas yer.
“Yang penting, produk yang saya hasilkan sejak tahun 2015 lagi ni dah banyak memberi manfaat pada ramai wanita-wanita di luar sana malah membantu pendapatan mereka setiap bulan.
“Tapi kena hati-hati packging produk saya ni selalunya ibu-ibu akan menghadapi situasi di mana akan berebut dgn anak-anak dara dorang kat rumah, sebab anak-anak perempuan pun terpikat jugak, jadi kenalah beli lebih. #kauhado #mervecosmetic,” tulisnya.
Kenyataan itu juga turut disokong oleh pengikut IGnya.
“Pedulikan ape orang nak kata. Yang mengata tu ntah-ntah peminat gila-gila "hello kitty" ke "doraemon" ke, tak ada lak orang nak dok bising apa. Orang hanya pandang, "oh, konsep nye gini gitu"..kalau suka terima, tak suka diam-diam,” - @nadiah_danial
“Pedulikan apa orang cakap. Dorang tak duduk tempat akak. Sebnarnya dorang tak faham yang fantasi fairytale semua tu cantik, ia melambangkan keindahann. Keindahan yang tak semua orang boleh faham melainkan orang-orang tertentu jer merasa,” -@eiranasrin
Foto: Instagram @joyrevfa
Teks oleh: Mya Amri
#Joyrevfa #Jutawan Kosmetik