Hiburan

“Tak Kisah Orang Nak Cakap Fasal Saya Tapi Bila Cakap Buruk Tentang Ayah…” - Ira Kazar Terkesan, Bapa Jadi Mangsa Kecaman

gempak
Mya Amri
30/10/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kisah Orang Nak Cakap Fasal Saya Tapi Bila Cakap Buruk Tentang Ayah…” - Ira Kazar Terkesan, Bapa Jadi Mangsa Kecaman
Pempengaruh media sosial, Ira Kazar akui sudah biasa menjadi mangsa kecaman netizen.

Dah biasa jadi mangsa kecaman

Enggan mempedulikan perkara itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, netizen bertindak sedemikian kerana tidak tahu cerita sebenar dan hanya berpandukan info-info di media sosial semata-mata.

“Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam. Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.

“Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapa itu terpulang apa orang nak cakap,” katanya.
Ira berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor pada petang Selasa.

Sedih bila bapa turut jadi mangsa

Bagaimanapun kata Ira, dia hanya terkesan apabila bapanya iaitu pelakon Kazar Saisi menjadi sasaran netizen.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang berkata buruk tentang ayah saya sangat terkesan.

“Sedih jugalah dengan perkara itu tapi Alhamdulillah ayah pun sekarang dah okay,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

ARTIKEL BERKAITAN:Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"

ARTIKEL BERKAITAN:Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

ARTIKEL BERKAITAN:Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

Bakal keluarkan single

Dalam perkembangan lain, Ira bakal mengeluarkan single terbaharu berjudul Tak Kisah tidak lama lagi.
Kata Ira, lagu itu dibuat kerana dia sudah tidak peduli dengan perkara-perkara negatif yang berlaku pada dirinya.

“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. “Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa orang nak kata,” ujarnya.

Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Perkahwinan Ira dengan Syamsul tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk info, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Malah, jenama beg mendapat sambutan ramai selepas dilaporka sudah terjual sebanyak 500,000 unit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024