Hiburan

"Tak Kisahlah Kalau Saya Isteri Pertama, Kedua, Ketiga Pun, Bukannya Salah" - Miera Leyana Okey Berpoligami

gempak
Amri Hassan
22/08/2020
22:45 MYT
Sponsor Banner
"Tak Kisahlah Kalau Saya Isteri Pertama, Kedua, Ketiga Pun, Bukannya Salah" - Miera Leyana Okey Berpoligami
Pelakon Miera Leyana masih menggantung persoalan netizen mengenai desas-desus statusnya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada usahawan Rosland Othman.
BACA: Didakwa Kahwin Suami Orang Anak 7, Ini Jawapan Miera Leyana
Kata Miera, 27, isu poligami tidak sepatutnya menjadi perkara negatif dan ia sama sekali tidak menyalahi undang-undang.
"Saya tak kisah orang nak gelar saya isteri pertama, kedua atau ketiga pun. Cuma saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey.
"Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun saya tak rasa saya buat salah sebab kami tak kahwin sorok-sorok! Saya buat majlis besar-besaran dan jemput orang ramai termasuk rakan media.
"Tiada apa yang perlu disembunyikan. Kalau saya salah, lebih baik saya dan suami nikah di Thailand senyap-senyap, tak perlu membazir duit ibu bapa saya," katanya kepada Gempak.
Miera sebelum ini terpalit dengan tuduhan pihak tertentu yang mendakwa dirinya merupakan isteri kedua kepada Rosland selepas mereka selamat diijabkabulkan.
Justeru, Miera hanya membiarkan netizen bermain dengan spekulasi sendiri mengenai status dirinya tanpa perlu bersuara berlebih-lebihan.
"Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak mahu panjangkan isu itu. Apa orang nak kata, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.
"Lagipun, kami sudah selamat berkahwin. Lebih baik doakan yang baik-baik saja...
"Sepatutnya selepas berkahwin, saya boleh hidup bahagia dan lalui hari yang indah-indah tetapi ini pula jadinya.
"Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul," tambahnya yang akui tertekan.
Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis Kuala Lumpur.
Sementara itu, majlis resepsi Miera dan Rosland diraikan penuh meriah malam tadi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live