Pelakon, Jasmin Hamid mendedah anak lelakinya, Haziq, pernah dihina kerana mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Menerusi perkongsian terbaru diakaun Instagramnya, Jasmin memberitahu Haziq menjadi mangsa ‘body shaming’ sehingga menerima kritikan negatif yang melampau.

“Siapa sangka masa kecil dulu Big Boss @haziq_macquistan, mbam-mbam tapi bila dah bujang, dah pandai buat badan.

“Bukan nak SADO tapi untuk menjaga kesihatan katanya supaya hidup sihat… Mana tau lepas ni dapat berlakon cerita ACTION pulak.

“Tak nak lagi orang panggil dia BUDAK GEMUK lagi macam dulu sebab zaman sekarang ni dah jadi trend BODY SHAMMING!” tulisnya.

Siapa sangka masa kecil dulu Big Boss @haziq_macquistan ,mbam-mbam tapi bila dah bujang, dah pandai buat badan . Bukan nak SADO tapi untuk menjaga kesihatan katanya supaya hidup sihat.. Mana tau lepas ni dapat berlakon cerita ACTION pulak.. Tak nak lagi orang panggil dia BUDAK GEMUK lagi macam dulu sebab zaman sekarang ni dah jadi trend BODY SHAMMING! Manusia zaman sekarang ni, kalau tak kutuk dan rendahkan orang, hidup mereka tak lengkap agaknya.. Bila jumpa, perkataan pertama yang akan keluar .... 'KAU DAH GEMUK ' 'KAU DAH TUA ' 'KAU DAH KURUS KERING' . . Tak boleh ke kalau tanya khabar je.. Tanyalah, sihat? Happy? Dah makan? Kan lagi bagus dari soalan yang menyakitkan hati.. Be positive OK! Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #newcomer #malaysianactor #son #gym #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


Jasmin juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir masyarakat yang memberikan komen tanpa memikirkan sensitiviti dan perasaan orang lain.

“Manusia zaman sekarang ni, kalau tak kutuk dan rendahkan orang, hidup mereka tak lengkap agaknya.

“Bila jumpa, perkataan pertama yang akan keluar… ‘KAU DAH GEMUK ', 'KAU DAH TUA ', 'KAU DAH KURUS KERING'

“Tak boleh ke kalau tanya khabar je. Tanyalah, sihat? Happy? Dah makan? Kan lagi bagus dari soalan yang menyakitkan hati. Be positive OK!

“Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #newcomer #malaysianactor #son #gym #hebatbukan,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian Jasmin itu.

“Ya mentaliti manusia sekarang dia nak orang tu perfect wahal dalam dunia tiada apa yang sempurna,” komen @sheikhalll0

Terdahulu, Jasmin telah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan namun berpisah pada 4 Februari 2008.

Hasil daripada perkahwinan itu, Jasmin seorang anak iaitu Ian Haziq, 18.

Jasmin juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.

Foto: Instagram @jasminhamidjh