Hiburan
“Tak Lah, Buat Untuk Suka-Suka Je” - Lepas Keluar Running Man, Kang Gary Nafi Jadi YouTuber
Bekas anggota Running Man, Kang Gary menafikan dirinya menjadi bintang saluran perkongsian YouTube.
Kata Gary, dia membuka saluran itu hanya untuk suka-suka selain mahu berkongsi tentang kehidupan hariannya bersama peminat tersayang.
“Saya tidak bertukar kerjaya sebagai bintang YouTube, masih lagi Kang Gary yang sama cuma saya membuka akaun ini hanya untuk suka-suka.
“YouTube seakan-akan dunia baru untuk saya kerana ia agak berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini,” ujarnya menerusi video terbaru.
Antara aksi Gary dalam Running Man yang sentiasa segar dalam ingatan peminat rancangan tersebut.
Tambah Gary lagi dia juga tidak menyangka akaun YouTubenya itu mendapat banyak respon positif daripada peminatnya.
“Tak sangka kebanyakkan ‘subscribers’ adalah dari Vietnam dan Malaysia. Diikuti dengan Indonesia dan juga Taiwan.
“Rasanya saya perlu belajar dan bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk anda semua. Lagipun tidak ada salahnya jika kita mahu belajar kan?,” katanya.
Gary membuka akaun YouTube dengan nama ‘KANG GARY” pada 28 Ogos lalu. Sehingga kini akaun tersebut telah mencecah lebih 15,000 subscribers.
Menerusi setiap video yang dimuat naik, Gary juga turut menyediakan sarikata Bahasa Inggeris untuk memudahkan peminat luar negara.
Must-Watch Video