Personaliti televisyen Kiah Propa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama terhadap seorang individu yang sering menghantarkan gambar kemaluan kepadanya.

Jelas Kiah, individu berkenaan sentiasa mengganggunya biarpun telah berkali-kali disekat dari akaun Instagramnya.

"Ada pula yang gila seks. Aku tak faham, nampak elok tapi sebenarnya jahanam.

"Aku dah tak tahan asyik tengok gambar 'burung' je, dah tak lalu. Ada burung kelicap, burung gagak, burung pipit, kasawari dan enggang pun ada.

"Yang hairannya, dah sekat pun dia masih masuk, jadi saya tak tahan dah.

"Gelak-gelak juga, jangan ingat aku nak berlawan servis kamu," kata Kiah menerusi sepotong video di Instagramnya pada Ahad.

Kiah akan menyiasat individu di sebalik foto dan video berunsurkan gangguan seksual itu.

"Aku akan siasat siapa penghantar gambar 'burung' tersebut. Dari tahun lepas lagi, kau jangan main-main dik.

"Bawa bertenang ya dik, kasihan kakak tengok kamu kalau begitu otak kamu," tambahnya.

DIK KO DAH MELAMPAU DARI TAHUN LEPAS 2019 YA AKU BLOK NO KO SAMPAI TAHUN 2020 NI. MUNTAH GAMBAR PUNAI BIDEO MELANCAP!!! TIAP MASA AKU BLOK KO ....NO BARU AKU BLOK .....KO TUKAR NO BARU LAGI KO KACAU AKU....AKU TUKAR NO BARU PUN KO HANTAR MESSAGE LUCAH VIDEO PORNO INI KALI KITA KASI HANTAM AKU TAKKAN DIAM AKU CARI KAU SAMPAI DAPAT!!! JOMM KAWAN MEDIA WARTAWAN POLIS FRONTLINER KAWAN SKMM BANGKIT BANTU AKU KERJAKAN BUDAKKK NI. GATALLL KO YAA GAMBAR PUNAIIIII AJEEEE PUNAIII PUNAIII MURAHHH SANGAT PUNAI KO TU!!!!!??? SILA BUAT PENGAKUAN TERBUKA SEBELUM AKU SAMAN KO!!! JANGAN MAIN GILA NGAN AKU YA!!!!!???? ?? #gilaseks #porno #pdrmmalaysia #viral #gangguanseksual

A post shared by KIAHPROPA - ROCK - (@kiahpropa79) on


Kiah turut menasihati orang ramai agar menggunakan media sosial secara berhemah.

"Aku akan buat laporan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) dan menyeru janganlah buat begitu lagi," ujarnya.