Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tak Lama Lagi Kita Mungkin Boleh Memandu Kereta Yang Mampu Bergerak Seperti Ketam

Izwan Isa
13/01/2024 14:55 MYT
Antara cabaran sewaktu membawa kereta adalah ketika cuba untuk meletakkan kenderaan pada kotak parkir di sisi atau bahu jalan.

Situasi akan menjadi bertambah rumit apabila kotak parkir itu telah sedia diapit dengan dua kenderaan lain pada bahagian depan dan belakang.


Sejak kebelakangan ini, pelbagai teknologi dan inovasi dilengkapkan pada kenderaan untuk memudahkan proses meletakkan kenderaan dan terbaharu, Hyundai Ionic telah diubahsuai sistem rodanya sehingga membolehkan kenderaan itu bergerak ke sisi persis seekor ketam.

Roda yang diberi nama Mobis e-Corner ini dibangunkan oleh anak syarikat Hyundai dan ia membolehkan kesemua empat roda pada kereta diputarkan sehingga 90 darjah, sekaligus mempercepatkan proses keluar dan masuk ruang parkir di sisi jalan.

Selain itu terdapat mod untuk bergerak secara sendeng untuk memudahkan kenderaan memotong, mod berpusing 90 darjah dan berputar 360 darjah secara setempat.

Setiap unit Mobie e-Corner dilengkapi motor elektrik, sistem suspensi dan brek tersendiri yang dikawal oleh komputer membolehkan ia berfungsi serentak atau kendiri mengikut keperluan. Sistem in masih di fasa prototaip sahaja pada waktu ini.

Sumber: Amanz

#Hyundai #Ketam
;