HIBURAN

"Tak Lekang Buat Baik, Dia Pernah Belikan Cendol Untuk ..." - Hun Haqeem Puji Sifat Pemurah Anna Jobling, Akui Senang Kerja Bersama!

Ainun 27/02/2025 | 02:55 MYT

Pelakon Hun Haqeem berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Anna Jobling adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan dan mengagumkan.

Jelas Hun Haqeem, pelakon wanita itu bukan sahaja memiliki personaliti yang sangat baik, tetapi juga bersikap profesional dalam bekerja.

"Sejujurnya, dapat bekerjasama dengan Anna Jobling sangatlah best. Dia sangat hebat. Bukannya sekadar kerja, tapi dia punya personaliti sangat-sangat best.

"Sebab bila di set penggambaran, Anna Jobling sejenis yang pemurah. Saya pun baru tahu perangai dia yang sebegitu," katanya kepada Gempak.
Pada masa yang sama, pelakon kacak berusia 27 tahun itu turut memuji sikap Anna Jobling yang sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain.
Menurutnya, pelakon wanita itu pernah belanja semua kru di set penggambaran Honey Minta Maaf dengan cendol kerana cuaca ketika itu agak panas, menyebabkan mereka kehausan.
"Masa tu kami ada babak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan Anna memang tak lekang dengan melakukan kebaikan kepada semua orang.

"Antaranya, dia belikan cendol untuk semua orang. Cerita dia, kami semua ada la cakap sikit-sikit fasal kepanasan di set penggambaran, tapi tiba-tiba cendol dah sampai. Jadi, itulah Anna Jobling," jelasnya.

Bagaimanapun, Hun Haqeem mengakui dia berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Anna Jobling dalam drama yang mereka lakonkan.
Menurut aktor itu, mereka mempunyai chemistry yang sangat kuat, sehingga tidak perlu berusaha terlalu keras untuk menjayakan sesuatu babak dalam drama tersebut.
Oleh itu, Hun Haqeem turut mengucapkan terima kasih kepada aktres itu serta menghargai usaha dan kehebatan Anna Jobling sebagai pasangan lakonannya dalam drama berkenaan.

"Untuk kerja pula, saya sangat bertuah dapat bekerjasama dengan Anna Jobling sebab chemistry kami sangat kuat dalam drama ni, di mana kami berdua tidak perlu ‘try hard’ untuk menjayakan sesuatu babak atau mencapai matlamat drama tersebut.

"Anna Jobling, kalau awak sedang menonton video ini, saya nak ucapkan terima kasih sebab jadi pasangan drama saya yang cukup hebat," kongsinya.
Dalam pada itu, Hun Haqeem turut mempromosikan drama terbaharunya bersama Anna Jobling dalam drama Honey Minta Maaf yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan di Astro Ria.
“Drama Honey Minta Maaf ini mengisahkan tentang Honey yang dibawakan oleh Anna Jobling. Dia dah lama tak balik kampung. Jadi, dia balik kampung untuk minta maaflah sebab apa korang semua kena tengok. Tapi antara konflik yang ada dalam drama ini adalah bapa Honey yang dilakonkan oleh Razal Ahmad hilang ingatan.
“Jadi, sisi komedi dalam drama itu datangnya dari situlah. Watak saya adalah Hamid adalah rahsia. Nak tahu watak saya ni korang kena tengok okay,” katanya.

BERITA BERKAITAN: “Saya Rakam Cara Dia Berjalan & Bercakap” - Hun Haqeem Kongsi Pengalaman Menjiwai Watak Dalam Filem ‘Soloz: Game Of Life’

BERITA BERKAITAN: Mierul Aiman Puji Hun Haqeem Tak Lokek Kongsi Ilmu - "Dia Layak Menang Anugerah"

BERITA BERKAITAN: Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

BERITA BERKAITAN: “Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

#Anna Jobling #Hun Haqeem #Baik #Cendol #Pemurah #Puji #Sifat