Viral

Tak Lekang Ucap Alhamdulillah, Pakcik Pau Viral Guna Sumbangan Orang Ramai Beri Kepada Gelandangan

gempak
Zulaikha Yusof
14/06/2020
22:30 MYT
Sponsor Banner
Tak Lekang Ucap Alhamdulillah, Pakcik Pau Viral Guna Sumbangan Orang Ramai Beri Kepada Gelandangan
Anak perempuan kepada pakcik penjual pau Akob Hasan, Azlin Akop, 34, mendedahkan ayahnya yang mula berniaga sejak 20 tahun lalu adalah seorang yang cekal.
Menurut Azlin, walaupun hasil perniagaannya tidak memuaskan, dia tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya.
"Ayah seorang yang sangat cekal. Walaupun jualan hariannya tidak banyak terjual namun dia sentiasa ceria sambil cakap hari ini kurang sikit untung.
"Ayah tak pernah lupa sebut Alhamdulillah. Kalau mengadu pun setakat cuaca panas ja masa meniaga, itu saja," katanya kepada Gempak.
Tambah Azlin, ayahnya pernah diduga ketika hujan lebat sehinggakan terkandas di tepi jalan.
"Pernah sekali tu hujan lebat sangat, masa tu dah pukul 7 malam dia tak balik lagi, kami semua risau. Adik lelaki keluar naik motosikal dengan dah basah kuyup pergi cari ayah, yang lain ikut juga naik kereta.
"Lepastu jumpa dia di tepi jalan dalam gelap. Rupanya payung niaga dia patah habis barang-barang dia basah.
"Pernah juga rantai motor dia putus masa lepas habis berniaga. Nasiblah masa tu ada adik yang teman, dia tarik guna kereta," katanya.
Bagi membantu perniagaan ayahnya, Azlin turut mengambil inisiatif menjual pau pelbagai perisa di platform media sosial.
"Disebabkan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh keluar meniaga, saya bantu menjual pau di Facebook Azlin Bfnr.
"Tempahan sebelum ini tak banyak pun dapat. Dalam seminggu empat hingga lima tempahan ja masuk.
"Selain itu, kami adik beradik saling bantu membantu. Surau dengan ahli jawatankuasa kawasan ada juga bagi bantuan beras dan barang keperluan sikit," katanya lagi.
Mengenai sumbangan yang disalurkan, Azlin mendedahkan ayahnya hanya menggunakan separuh sebagai modal untuk mengambil pau dari saudara perempuan.
"Ayah akan terima sumbangan yang orang ramai bagi. Dia akan pastikan separuh sumbangan tu digunakan sebagai modal dan selepas itu sedekahkan pau itu kepada golongan yang memerlukan.
"Baru-baru ini kami sedekah kepada gelandangan hasil sumbangan daripada pelanggan. Syukur sangat dapat kongsi rezeki dengan orang lain," kata Azlin menutup perbualan.
Terdahulu, salah seorang pelanggan yang membeli kuih pau daripada pakcik Akop berkongsi di Twitter di samping menyeru agar orang ramai membantu bagi melariskan jualan.
BACA: Kisah Pakcik Jual Pau Terjejas Disebabkan Covid-19 Sentuh Hati Warganet, "Dalam 'Tool Box' Cukup RM13 Nak Bagi Baki ..."
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Azlin Akop di akaun CIMB bernombor 7003980260.
Untuk yang ingin bertemu secara empat mata boleh pergi di hadapan bank di Desa Pandan dan Klinik Kesihatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live