Laman Utama

“Tak Letak Sanggul, Bulu Mata..” - Aaisyah Dhia Rana Kembali Ke Sekolah, Che Ta Penat Bebelkan Netizen

gempak
Azwa Rahman
08/08/2022
06:24 MYT
Sponsor Banner
“Tak Letak Sanggul, Bulu Mata..” - Aaisyah Dhia Rana Kembali Ke Sekolah, Che Ta Penat Bebelkan Netizen
Anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana telah kembali menyambung sesi persekolahan selepas menjalani cuti musim panas yang panjang.
Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkongsi Aaisyah, 8, sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahan.
“Anak kami school break dah habis, back to school. Hampa tau, 5.30 pagi dia dah bangkit mandi siap nak pi sekolah excited punya pasal. Yela, cuti sekolah lama kan jadi dia paling excited nak pi sekolah.
Last holiday break dia, pantang nampak mak dia bersiap lagi lagi kalau shot inai, cepat je dia nak ikut kami hampa,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Tambah isteri kepada selebriti Zain Saidin ini lagi, anaknya tampil ringkas ke sekolah seperti kanak-kanak lain dan hanya meriaskan wajahnya dengan pengilat bibir sebagai penyeri.
Time sekolah, taklah kami letak sanggul ke apa atas kepala dia tu. Cukuplah tocang dua kat kepala dan lipgloss pemberian uncle @anaszahrin.
“Takdak bulu mata aih, hampa gila ka nak kena ligan dengan kami. Penat bebel pepagi ni nak fahamlan netizen ni, jadi kami nak ucapkan good morning buat semua dari Aaisyah,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ramai wargamaya memuji wajah polos Aaisyah yang comel berambut tocang ketika sudah kembali ke sekolah.
“Sekolah international islamic. Bagus Che Ta enroll Aaisyah ke sini. No wonder Aaisyah kadang nak bertudung,” komen seorang wargamaya.
“Anak dia memang cantik, anak Che Ta kot weh. Biar la anak dia nak cantik-cantik,” puji seorang wargamaya.
“Barulah nampak macam kanak-kanak. Ini baru genuine cantik,” kata seorang wargamaya.
“Masya-Allah miliki anak yang cantik adalah satu anugerah,” ujar seorang wargamaya.
“Pergi sekolah pun letop! Belajar elok-elok ya,” tulis seorang wargamaya lagi.
Terdahulu, ada cakap-cakap nakal wargamaya yang mempertikaikan pendidikan anak bongsu Che Ta itu kerana Aaisyah sering dilihat menghadiri sesi fotografi ibunya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live