Tak Lupa Kawan, Beyonce Kirim Bunga Dan Sweatshirt Ke Hospital Untuk Lady Gaga

Amri Hassan
September 28, 2017 11:14 MYT
Penyanyi Beyonce punyai cara tersendiri untuk menghiburkan rakan baiknya, Lady Gaga yang masih dirawat di hospital akibat penyakit fibromyalgia.
Semalam, Beyonce telah mengirim sejambak bunga mawar mewah dan sehelai sweatshirt daripada koleksi terbaharu kolaborasi Topshop dan Beyonce, Ivy Park kepada Lady Gaga sebagai tanda ingatan.
"Kurang sikit rasa sakit.
"Terima kasih Honey B (panggilan Beyonce) untuk sweatshirt yang sangat selesa ini. Ia memanaskan badan saya untuk menghirup udara di luar sambil melihat pokok, langit dan matahari.
"Rasa sangat bertuah!" tulis Lady Gaga di Instagramnya sambil menyarung sweatshirt hitam hadiah daripada Beyonce itu.
Kemudian, penyanyi lagu Bad Romance itu turut memuatnaik gambar jambangan bunga beserta sekeping nota bertulisan tangan.
"Terima kasih Honey B. Ini sangat baik. Kalau saya tidak menonton video kamu di rumah nenek saya selepas keluar dari Def Jam Records sudah tentu saya sudah putus asa.
"Kamu sumber inspirasi dan impian itu buat saya terus bertahan," tulisnya lagi.
Awal September lalu, Lady Gaga telah menunda konsert jelajah Joanne World Tour kerana didiagnosis menghidap penyakit saraf dan tulang itu.
Untuk rekod, Lady Gaga dan Beyonce pernah berduet untuk lagu hit Telephone (2010).
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Huffington Post, Page Six
#Lady Gaga #Hollywood #Beyonce #Hollywood