Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
Pelakon Indonesia, Whulandry Herman mengambil pendekatan untuk meminta izin pelakon Zahirah Macwilson sebelum memulakan penggambaran drama Bad Cop bersama aktor, Aiman Hakim Ridza.
Menurut Whulandry, dia berbuat demikian kerana menghormati Zahirah dan mahu mencipta suasana kerja yang selesa bersama Aiman memandangkan aktor itu merupakan suami kepada aktres tersebut.
“Apa yang paling sukar untuk lakukan untuk watak ini, banyak babak dengan Aiman dan ada beberap yang sangat rapat, malu dan segan dengan Aiman sebab saya kenal isteri Aiman, saya minta izin pada Zahirah dengan mesej di Instagram untuk berlakon dengan suami dia.
“Untuk wujudkan rasa selesa dengan seorang orang.Kemudian, kami dan anak-anak saling berkawan. Aneh jika kalau tidak maklumkan apa-apa, contohnya mungkin ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suami dia atau menatap penuh rasa cinta.
“Tidak tahulah saya perlu lakukannya atau tidak tetapi itu cara saya beri some respect dan izin,” katanya
Dalam pada itu, Whulan juga memaklumkan tindakannya meminta izin daripada pasangan pelakon yang sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang baharu.
Jelasnya, ia sudah menjadi satu kebiasaan buatnya sejak memulakan karier sebagai pelakon di Indonesia.
“Saya memang buat sejak dulu, dulu berlakon di Jakarta juga lakukan hal sama. Itu cara saya hormat dan beradab bila nak berlakon dengan suami orang,” tambahnya.
Whulandry berkongsi perkara tersebut di set penggambaran drama Bad Cop yang berlangsung Wisma Mofaz, Damansara pada Rabu.
Selain Whulandry, drama bersiri itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Aiman Hakim Ridza, Tony Eusoff, Razid Salimin, Siti Saleh dan ramai lagi.