Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Mahu Beratur Panjang Bayar Saman Trafik? Ini Cara Mudah Yang Anda Boleh Cuba!

Asraf Aided
13/12/2021 15:10 MYT
Umum mengetahui bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 80% untuk saman trafik terpilih sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga dan tempoh pembayaran kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Ekoran itu, kita dapat melihat orang ramai beratur panjang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk melangsaikan saman.

Barisan panjang sebegitu agak memakan masa terutamanya bagi mereka yang sibuk bekerja dan menguruskan kehidupan seharian.

Usah risau, pembayaran saman trafik sebenarnya boleh dibuat tanpa memerlukan anda pergi dan beratur di IPD.

Caranya mudah sahaja, anda boleh membuat pembayaran di mesin ATM Maybank dengan melakukan satu persatu seperti cara di bawah.

1. Pilih 'Paybills'

2. Pilih 'Pembayaran Saman PDRM'

3. Masukkan nombor kad pengenalan, anda juga boleh membayar untuk orang lain dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka.

4. Pilih untuk simpan resit untuk tujuan rujukan

Selain pembayaran di IPD dan mesin ATM, orang ramai juga boleh ke kaunter JPJ negeri atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara.


Sumber: wiser.my
#PDRM #Diskaun Saman #ATM #Bayar saman #Saman Trafik