Pelakon Hafidz Roshdi akui tidak merancang untuk kehamilan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut Hafidz, dia tidak mahu terlalu berharap untuk dikurniakan cahaya mata kedua, sebaliknya mempercayai pada kurniaan rezeki dari Tuhan.

"Saya dan isteri tidak merancang, saya kurang gemar untuk merancang, kelahiran sebelum ini pun bukan hasil dari merancang.

"Bagi saya, kalau ada rezeki nanti, maka saya akan dikurniakan anak kedua, jika tiada rezeki tidak mengapa, saya tak mahu terlalu berharap, nanti kecewa pula" ujarnya.

Hafidz berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem Pusaka bertempat di MBO The Starling, Damansara Utama malam tadi.

Dalam pada itu, Hafidz menambah, dia berhasrat untuk menimang cahaya mata lelaki.

"Saya berhasrat untuk menimang cahaya mata lelaki pula, isteri saya pun tak kisah mengenai hal itu," tambahnya.

Dalam perkembangan terbaru, Hafidz kini membintangi filem seram arahan Razaisyam Rashid iaitu Pusaka.

Selain Hafidz, filem ini turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Pusaka yang bakal ditayangkan pada 31 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia!