Tak Mahu Ganggu Fokus Adik, Kakak Latif Romly Rahsiakan Keluarga Dijangkiti COVID-19

Gempak
September 7, 2021 04:50 MYT
Kakak kepada jaguh lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly, Rahayu Romly terpaksa merahsiakan bahawa diri dan keluarganya dijangkiti COVID-19 dari pengetahuan adiknya.
Menurut Rahayu, dia melakukan perkara itu kerana tidak mahu mengganggu fokus Latif yang sedang bertanding.
“Saya disahkan positif dengan anak-anak, saya tak nak dia risau. Kalau boleh biar rahsia dulu, biar dia fokus kepada lompatan dia dulu sampai ke akhir.
“Tetapi… Alhamdulillah apabila sudah boleh balik, kami dapat melihat dia memenangi pingat emas,” katanya menerusi sedutan pendek yang dikongsi di akaun Twitter Astro Arena.

Kakak jaguh lompat jauh paralimpik negara, Rahayu Romly merahsiakan beliau sekeluarga dijangkiti Covid-19, ingin Latif fokus pada acaranya di Tokyo. Ikuti perkembangan Rahayu dan Latif Romly di Nadi Arena, 7.30 malam ini. pic.twitter.com/hEwaFv7L22

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, Rahayu memaklumkan dia dijangkiti virus tersebut sebelum Latif terbang ke Jepun.
“Kami sudah mengetahui perkara ini (positif COVID-19) sebelum dia terbang ke Tokyo lagi tetapi tidak mahu dia risau dan memilih untuk merahsiakannya,” katanya.
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Terdahulu, Latif menamatkan saingan lompat jauh T20 di tempat pertama dengan jarak 7.45 meter, sekali gus melengkapkan sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan kontinjen negara.
Sumber: Astro Arena / Stadium Astro
#Paralimpik #Latif Romly #Atlet Paralimpik #Kakak #COVID-19 #Atlet Paralimpik Negara #Abdul Latif Romly #Kakak Latif Romly #Rahayu Romly