Laman Utama

Tak Mahu Hipokrit Kurus Sebab Diet & Bersenam, Sia Mengaku Sedut Lemak

gempak
Maliah Surip
12/12/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Hipokrit Kurus Sebab Diet & Bersenam, Sia Mengaku Sedut Lemak
Penyanyi Sia tanpa berselindung memberitahu dia baru menjalani prosuder liposuction atau sedut lemak tanpa menyatakan bahagian badan yang mana telah ‘diperbetulkan’.
Sia, 47, mengatakan melakukan prosuder tersebut selepas mendapati berat badannya naik. Dan sebagai seorang wanita yang mempunyai masalah yakin diri dia tidak berfikir panjang untuk melakukan prosuder sedut lemak.
“Saya perlu makan ubat yang membuatkan berat badan saya naik. Saya tidak boleh melakukan senaman jadi saya pergi membuat prosuder sedut lemak,” dedah Sia melalui cuitan di X seperti dilaporkan People.
Wanita itu juga mengatakan sengaja mendedahkan tindakan tersebut kerana tidak mahu menipu peminat kononnya dia mendapatkan bentuk badan ideal selepas melakukan senaman atau menjalani diet.
“Tolong ketahui saya sangat bertuah kerana dapat melakukan prosuder ini dan saya mahu anda tahu ini (kurus) bukan datang dari hasil diet atau senaman.
“Saya mahu jujur tentang prosuder sedut lemak yang dilakukan. Saya seorang yang tidak punya keyakinan diri, apa lagi saat menjadi perhatian dunia.
“Jadi saya selesaikan masalah ini tidak yakin diri ini dengan mengubah penampilan melalui sedut lemak,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024