Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

Asyraf Roslan
14/09/2024 13:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul mengakui hampir mengalah untuk meneruskan rancangan mengadakan siri jelajah sulungnya iaitu Konsert Aina Abdul Imaji Tour.

Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.

“Sebenarnya saya hampir mengalah, selepas bulan Syawal hari itu saya sudah cakap dengan pasukan saya yang saya tidak mahu lakukannya, malas nak rasa kecewa lagi.

“Tetapi disebabkan saya mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang suka tengok saya membuat persembahan dan mereka tahu kalau saya membuat persembahan, diri saya sendiri adalah orang yang paling gembira.

“Saya pula tidak pandai nak sorok kesedihan dan saya sangat berterima kasih kepada pasukan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk teruskan juga konsert ini,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

Dalam pada itu, Aina juga memaklumkan untuk mengadakan konsert di Malaysia bukanlah satu perkara mudah dan dia menjangkakan tiga lokasi yang bakal diadakan ini juga akan menelan belanja besar.

“Tentang jumlah saya pun tidak pasti lagi namun sudah semestinya akan melibatkan kos yang banyak. Tetapi kali ini kita ada strategi.

“Segala pengalaman konsert-konsert sebelum banyak mengajar saya beberapa perkara yang boleh diadakan dengan kos yang rendah, benda itu yang saya belajar.

“Dulu saya fikir, apa yang saya nak kena ada, tapi sebenarnya perkara itu boleh dilakukan dalam kos yang mampu milik. Abang saya juga sudah bersama dengan saya untuk menjaga kewangan supaya saya tidak hanyut dikemudian hari,” jelasnya.

Aina juga mengharap akan ada pihak yang berminat untuk bersama dengan Aina Abdul Entertaiment bagi melaksanakan konsert jelajah ini bersama.

Konsert jelajah Imaji Tour akan diadakan di tiga buah lokasi iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UMS) pada 14 Disember depan, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari 2025.

Konsert ini juga bagi memperkenalkan album sulungnya, Imaji yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

#Konsert #Aina Abdul #Imaji Tour