Laman Utama

Tak Mahu Lambat Pergi Kerja, The Rock Cabut Pagar ‘Auto Gate’ Rumah Guna Tangan!

gempak
Fiza Kamarudin
20/09/2020
05:34 MYT
Sponsor Banner
Tak Mahu Lambat Pergi Kerja, The Rock Cabut Pagar ‘Auto Gate’ Rumah Guna Tangan!
Pelakon dan peninju popular, The Rock, mencabut pintu pagar automatik (auto gate) rumahnya kerana tidak mahu terlewat ke set penggambaran.
The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial peribadi Instagram (IG)nya.
Menurut The Rock pintu pagar automatik berkenaan tidak berfungsi selepas kawasan kediamannya mengalami gangguan elektrik kerana ribut petir.
Memikirkan tentang krew di set penggambaran yang sedang menunggu, The Rock mengambil keputusan untuk mencabut pagar berkenaan menggunakan tangan sahaja.
Katanya dia membuat keputusan tersebut selepas juruteknik memberitahu akan tiba ke kediamannya selepas 45 minit untuk melihat keadaan pintu pagar rumahnya itu.
“Ketika itu saya teringat lebih seratus krew sedang menunggu saya untuk datang bekerja di set penggambaran.
“Mereka tidak boleh memulakan penggambaran sekiranya saya tidak muncul di sana. Jadi saya terpaksa lakukan apa yang patut. Saya tolak, tarik dan pecahkan pintu pagar itu secara bersendirian.
“Saya tanggalkannya dari tiang batu, pecahkan besi hidraulik dan lemparkannya ke atas rumput,” tulisnya di Instagram.
Sementara itu diruangan komen, rata-rata pengikut terkejut dengan tenaga dimiliki The Rock yang selama ini hanya dapat dilihat menerusi filem-filem lakonannya sahaja.
“Tak sangka dia betul-betul kuat! Selama ini saya fikirkan kekuatan The Rock sekadar lakonan!”
“Habislah..berapa pula kos yang perlu dibayar untuk membuat pagar automatik yang baru.”
Komen beberapa pengikut di IG.
Not my finest hour ??‍♂️, but a man’s gotta go to work. We experienced a power outage due to severe storms, causing my front gate not to open. I tried to override the hydraulic system to open the gates, which usually works when power goes out - but this time it wouldn’t. Made some calls to see how fast I can get the gate tech on site, but I didn’t have 45min to wait. By this time, I know I have hundreds of production crew members waiting for me to come to work so we can start our day. So I did what I had to do. I pushed, pulled and ripped the gate completely off myself. Tore it out of the brick wall, severed the steel hydraulics and threw it on the grass. My security team was able to meet the gate technician and welders about an hour later — and they were apparently, “in disbelief and equally scared” ? Not my finest hour, but I had to go to work. And I think I’m ? ready to be #blackadam ??? #ripgates
A post shared by therock (@therock) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live