Hiburan
“Tak Makan, Menangis Hari-Hari Dan Tak Nak Jumpa Sesiapa” – Sherry Ibrahim
Pelakon Sherry Ibrahim akui tidak mudah untuk merawat hati yang terluka akibat putus cinta.
Sherry berkongsi luahan hatinya menerusi coretan panjang di akaun Instagramnya semalam.
Kata Sherry, dia juga pernah merasai fasa kekecewaan dan kesakitan yang harus dilalui amat perit sehingga menyebabkan emosinya terganggu.
“Sebelum tidur saya nak kongsi dan luahkan isi hati saya dengan anda semua yang kemungkinan sedang bersedih, dalam kebuntuan serta kemurungan.
“Yes, setiap jalan hidup kita semua tak sama. Tak semua di antara kita senang untuk dapat kebahagiaan yang macam mana kita impikan.
“Nak kekasih yang baik, nak kahwin, nak ada anak. Begitu juga saya dan perjalanan yang telah saya lalui tidak semua yang tahu.
“Tak pernah saya cerita dan nak justify walaupun ada sesetengah pihak yang buat andaian macam-macam dengan hanya nampak semua pada surface. Ya saya akui, too much too handle at that time , only ALLAH S.W.T knows.
“I took my time, get away from all the social medias, tak makan, menangis hari-hari, tak nak jumpa sesiapa, tak percaya pada sesiapa, tak boleh nak kerja and took down all what I had. I was weak and down,” kongsinya
Bagaimanapun kata Sherry, dengan adanya sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan membuatkan dia terus kuat.
“After a while, with the strength that I got from my families, friends, fans. Alhamdulillah kuat balik, keep moving forward, banyak bersabar dan berdoa supaya dapat kuatkan hati untuk mendapat balik the trust and the love happy feelings like how I always wanted.
“Please girls... jangan sedih and torture yourself because God is great dan sangat adil dan sememangnya Maha Kuasa dan apa yang DIA ambil. Insyaallah, DIA akan bagi yang lebih baik.
“Setiap doa jangan lupa minta petunjuk and never ever question why benda tu jadi kat you, teruskan berdoa dan rapat dan kawan dengan orang yang betul-betul setia dan yang jujur dengan diri kita.
“Also remember untuk sayang diri kita dulu dan jangan bagi sepenuh kepercayaan bila instinct kita dah bagi kita sign dan signal yang sebenarnya kita dah tau the truth yang kite tak nampak.
“Remember to step back a little bit and do not torture and harm yaself with someone not even worth for your life. Also remember happiness hanya untuk diri dan dengan orang kita sayang tapi bukan pada semua.
“The more kite diuji, the more kite kuat dan rasa disayangai kerana kita tidak dilupakan.
“Whatever yang pernah terjadi biarkan ia menjadi satu cerita dan pengalaman dalam hidup kita. Satu hari nanti bila kita teringat balik kita hanya mampu tersenyum.
“To end this... for sure we could never ever turn back the time but I promise you if you keep moving forward InsyaAllah YOU will find your true happiness ♥️ Sherry,” tulisnya.
Must-Watch Video