,
Laman Utama

“Tak Make Up Pun Dah Lawa, Bila Make Up Terus Naik Seri” - Ramai Puji Isteri Halim Radzi Cantik Macam Patung Barbie

Mya Amri
23/10/2022
09:30 MYT
Kecantikan isteri kepada pelakon Halim Radzi, Sharifah Husna sewaktu majlis pernikahan mereka mendapat perhatian pengikut media sosial.
Menerusi beberapa foto perkahwinan yang dikongsi di kedua-dua akaun Instagram pasangan selebriti ini, rata-rata pengikut mereka terpegun dengan kecantikan Husna.
Bahkan ada juga yang memuji pelakon wanita itu kelihatan sangat cantik sama seperti patung popular iaitu Barbie.
“Yeay, anak patung dah kahwin, tahniah korang,”
“Macam Barbie Doll pengantin perempuan. Tahniah anda berdua,”
“Husna ni tak make up pun dah cantik, bila dah make up memang naik terus seri pengantin dia. Sukanya dua orang ni, tahniah,” tulis beberapa pengikut Instagramnya.
Halim dan Husna selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman pengantin perempuan bertempat di Kajang, Selangor pada Jumaat.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Feizal Syed Mohammad dengan sekali lafaz.
Halim menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Manakala, wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas.
Halim dan Husna bertemu ketika menjayakan penggambaran drama berjudul Dia Bidadari Dari Syurga pada tahun 2020.
Kredit foto: @cstproduction @project2pi @croxfilms
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.
Hiburan

Lerai Spekulasi, Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri... Nikah Ogos Lalu

gempak
09/09/2024
07:14 MYT
Pelakon Jue Aziz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ridwan pada 18 Ogos lalu.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.