Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Malu Eh Hantar Gambar Tak Senonoh?" - Cik Piah

Amri Hassan
27/06/2021 04:50 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah mendedahkan telah berkali-kali menerima kiriman gambar tak senonoh dari individu tidak dikenali.

Menerusi hantaran di Facebooknya, kata Cik Piah dia turut menerima mesej yang merepek dari individu berkenaan.

"Tak malu gambar tak senonoh? Lepas tu jangan tanya soalan bodoh ‘Hai, awak boleh berkenalan?’

"Berkenalan pak cik kau. Kau ingat aku ada masa nak layan DM merepek macam ni. Sekarang ni PKP samung lagi ke tak ni?" tulis Cik Piah.


Justeru, peminatnya memohon agar Cik Piah mengambil tindakan undang-undang dan melaporkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nurashid Wahab pada 6 Mei 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata Adam Malique, 4, Nuh Aryyan, 3, dan Muhammad Zidan yang kini berusia empat bulan.
#Penyampai radio #Netizen #Deejay #Feeya Iskandar #Cik Piah #Gangguan
;