“Tak Malu Ke Post Benda Gini?” - Tak Tapis Paid Review, Zara Zya Ditegur Netizen

Mya Amri
Jun 8, 2021 02:35 MYT

Gara-gara tidak menapis bahan produk untuk dipromosikan di akaun Instagram, pelakon Zara Zya dikecam netizen.

Menerusi akaun Instagramnya, video berdurasi 11 saat itu merakamkan seorang wanita bersama pasangannya tidur berpelukan sambil tangan si suami diletakkan di celah kelangkang isterinya.

Melabelkan strategi pemasaran tersebut sebagai kurang sopan, netizen terkejut kerana Zara tidak memilih bahan bahan untuk dipromosikan.

Malah mereka juga menyatakan rasa tidak percaya Zara sanggup mempromosikan produk kebersihan wanita yang tidak bersesuaian dengan imejnya.

Antara komen yang diterima Zara ialah:

Sebelum ini, aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta juga menerima nasib yang sama apabila akaun anaknya, Aaisyah Dhia Rana mempromosikan produk membesarkan payu dara untuk orang dewasa.

#Zara Zya #Netizen #Paid Review #Ditegur Netizen #Produk Pembersih Wanita #Tak Tapis Paid Review