Hiburan
“Tak Marah, Jangan Takut Kami Cuma Nak Kawal Risiko Jangkitan” – Dr. Izzar Harap Orang Ramai Lebih Jujur
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari berharap masyarakat harus berlaku jujur sewaktu membuat pemeriksaan bersama petugas kesihatan.
Menerusi muat naik di akaun Instagramnya, Dr. Izzar menjelaskan beberapa sebab dan akibat yang berlaku sekiranya hal tersebut dipandang ringan oleh masyarakat.
“Kita tahu terdapat kes-kes Covid-19 positif dari kluster Sri Petaling. Jika anda terlibat dengan majlis tersebut, atau tinggal bersama ahli-ahli majlis tersebut (kontak rapat), SILA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN di kaunter hadapan klinik kesihatan/ hospital.
“Jangan simpan dulu dan nak tunggu jumpa doktor kat dalam baru beritahu atau tak beritahu langsung. Beritahu siap-siap untuk mengelakkan masalah kami bertambah.
“Jika anda tak beritahu, petugas-petugas kesihatan dan pesakit-pesakit lain akan terdedah kepada penyakit anda semasa diruang menunggu atau di wad kerana mereka tak berpakaian lengkap untuk merawat COVID-19 sebab hangpa tak beritahu awal-awal.
“Klinik-klinik atau hospital-hospital banyak terpaksa ditutup sementara sebab info ini disembunyikan dari petugas kesihatan.
“Ramai kawan-kawan saya terpaksa dikuarantin sebab terdedah kepada mereka yang sembunyikan info penting ni. Dah tenat baru nak mengaku.
“Beberapa jabatan dihospital pun lumpuh sebab doktor-doktor semua terdedah kepada pesakit COVID-19 ni dan terpaksa dikuarantin.
“Kalau semua doktor kena kuarantin, siapa pulak nak ganti kerja depa? Dan kalau dikuarantin, memang tak boleh jumpa keluarga semua tau.
“TOLONGLAH! KITA BUKAN NAK MARAH. Jangan takut. Kami cuma nak kawal risiko jangkitan ke orang lain je. Sebab tempat rawatan COVID-19 memang berlainan dari tempat rawatan biasa.
“Jom doakan agar semua rakyat Malaysia jujur dengan petugas-petugas kesihatan. Semoga semua petugas kesihatan di luar sana diberi kekuatan, kesihatan dan kemenangan yang berkekalan dalam melawan COVID-19. Aminn. We can do this!” jelasnya.
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!