LAMAN UTAMA
“Tak Marah Tapi Jadi Semak Sebab…” – Ara Johari Kurang Selesa Bila Keluarga Suruh Menyanyi Di .......
Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa kurang selesa apabila diminta menyanyi ketika majlis-majlis keramaian keluarga dan kenalan.
Memetik laporan HLive, Ara mengatakan dia sering dipelawa menyanyi apabila beraya bersama keluarga dan kenalan rapat.
“Ikut mood, kalau nak nyanyi, boleh je. Tapi sebab kita dah hari-hari buat benda tu, hari-hari menyanyi dan bila orang minta kita menyanyi lagi, bosanlah.

“Tak marah pun, boleh menyanyi tapi jadi semak sebab kita tengah bercutikan. Paling semak bila orang minta buat video menyanyi lepas saya menyanyi. Tadi kau dah dengar, ni nak menyanyi lagi sekali untuk video kau, apa kau nak lagi?" jelasnya.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 21, menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarganya di Negeri Sembilan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video