Biarpun sudah tiga minggu ditayangkan, peminat nampak gayanya masih bercakap-cakap mengenai filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM).

Rata-rata peminat masih tidak boleh ‘move on’ dengan lawak serta ‘punchline’ yang ditampilkan dalam KITM.

Antara yang banyak diperkatakan adalah warna kucing yang disebut oleh Razak Ismail lakonan Razak Ahmad.

Situasi lawak tersebut berlaku apabila kucing bernama Ugly milik Azlan lakonan Zain Hamid telah hilang.

Namun, apabila ditanya kepada Razak adakah pernah ternampak kucing tersebut, Razak dengan spontannya menyoal kembali adakah kucing berkenaan berwarna hijau.

Persoalannya, adakah kucing ada yang berwarna hijau?

Perkara tersebut telah mencetuskan kemarah Zain, sekali gus menyebabkan dia ‘naik hantu’ dengan keluarga Ismail.

Apa yang berlaku seterusnya?

Jangan buat main pasal kucing dengan Alan, boleh mengamuk dia haha. Keluarga Ismail ni pun satu hal, kerja nak melawak je mana tak panas orang tu?? . Keluarga Iskandar The Movie Kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Anda perlu tonton KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah Astro First di saluran 480.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.