Seorang ahli bina badan, Yuri Tolochko akhirnya menunaikan impian untuk berkahwin baru baru ini selepas perkahwinan yang dirancang beberapa kali dibatalkan.

Meski demikian, Tolochko bukan berkahwin dengan manusia, tetapi patung wanita bernama Margo yang menurutnya telah menjadi kekasihnya sejak dua tahun lalu.

Dia dan Margo malah berkahwin dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekatnya.

Berita perkahwinan ahli bina badan dari Kazakhstan itu dan kekasih patungnya kemudian mendapat perhatian dunia selepas Yuri sendiri memuat naik majlis perkahwinan mereka di Instagram.

Dalam rangkaian foto perkahwinan mereka, Yuri dan Margo menjalani upacara sarung cincin sehingga acara tarian untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Sport Bible melaporkan Tolochko mendakwa pertemuan pertama mereka berlangsung di sebuah bar sebelum menjalin cinta.

Sepanjang 'bercinta' dia telah membawa Margo melakukan pembedahan plastik selepas mendakwa patung tersebut berasa insecure mengenai penampilannya.

Tolochko kemudian melamar patung tersebut pada Disember tahun lalu dan sepatutnya berkahwin pada bulan Mac lalu.

Namun perancangan mereka tergendala kerana pandemik Covid 19. Dia kemudian merancang tarikh pernikahan baharu, namun sekali lagi terpaksa menundanya sekali lagi kerana Tolochko cedera akibat dibelasah.

Hasrat perkahwinan diteruskan sehingga berjaya menjadi suami isteri baru baru ini.