Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tak Mati Kalau Tak Raya Tapi Boleh Mati Jika Dijangkiti Covid-19" - Jasmin Hamid Minta Semua Duduk Rumah, Jangan Keluar Penuhi Kehendak Hati

Zulaikha Yusof 21/05/2020 | 06:17 MYT
Pelakon senior Jasmin Hamid menegaskan supaya warga Malaysia terutama umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk terus kekal berada di rumah.
Menurut Jasmin, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menjaga keselamatan anak-anak daripada tercenderung dijangkiti wabak Covid-19.
"Para ibu bapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari dijangkiti wabak Koronavirus ini. Kalau keluar rumah tu, tak perlu bawa anak-anak bersama terutama musim perayaan ni.
"Kita dapat menjalani ibadah puasa pun dah cukup bersyukur. Tak mati kalau tak raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh mati jika dijangkiti hanya sebab nak beraya.
"Tak payah keluar rumah kalau tak perlu. Beraya bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan berpuasa di rumah," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 berharap supaya semua orang mematuhi arahan kerajaan kerana negara belum pulih daripada Covid-19.
"Kita masih belum menang lagi. Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak, bukan keperluan.
"Jangan sebab kedegilan dan sikap pentingkan diri, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021," tulisnya lagi.

Innalillahiwainnaillahirojiun... . . Para ibubapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari di jangkiti WABAK CORONA ini.. Kalau keluar rumah tu, TAK PERLU bawa anak-anak bersama. Terutama musim Perayaan ni.. Kita dapat menjalani Ibadah Puasa pun dah cukup BERSYUKUR.. TAK MATI kalau tak Raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh MATI jika di jangkiti hanya sebab nak BERAYA ????.. TAK PAYAH KELUAR RUMAH kalau tak perlu.. BERAYA bukan keperluan.. Kita masih boleh sambut kemenangan Berpuasa di rumah.. . . KITA MASIH BELUM MENANG LAGI... Tapi kita BOLEH MENANG kalau kita TAK DEGIL.. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak, bukan keperluan.. . . JANGAN SEBAB KEDEGILAN dan SIKAP SELFISH, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021.. . . Kita jaga kita.. #coronavirus #covid_19 #world #allahmahapenyayang #musibah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

#Jasmin Hamid #Raya #COVID-19
;