Hiburan
"Tak Membenci & Menyalahkan Antara Satu Sama Lain" - Alif Satar Ajak Sebar Mesej Positif Ketika Pandemik COVID-19
Penyanyi dan hos, Alif Satar berkongsi mesej positif yang ditulis oleh seorang doktor bernama Wilson Tang.
Wilson menceritakan tentang perbualannya bersama seorang lelaki berusia yang mahu menunaikan solat subuh.
Lelaki itu juga telah mendoakan Wilson agar terhindar dari jangkitan wabak COVID-19.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram milik Alif buat tatapan ramai.
Menurut Alif, kisah dan mesej positif sebegitu perlu disebarkan untuk memberi ketenangan kepada masyarakat yang kini bimbang dengan penularan wabak COVID-19.
"Cerita macam ni lah yang orang nak baca, suntikan positif dan kasih sayang, tiada kebencian dan tidak menunding jari sesama sendiri.
"Baca benda macam ni lah buat hari-hari yang sukar rasa mudah," tulis Alif sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Alif turut mengajak orang ramai untuk sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal.
"Sentiasa kekal kuat dari segi mental dan fizikal ya semua?
"Kepada Doktor Wilson dan semua kakitangan perubatan di luar sana, anda semua adalah hero," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Alif berasa sayu dan terharu mengenang jasa dan pengorbanan semua kakitangan perubatan yang sedang bertungkus lumus mengendalikan pesakit COVID-19 di negara kita.
Selain itu, ada juga yang memuji tindakan Alif menyebarkan kisah Doktor Wilson yang mempunyai mesej positif itu.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video