Berita

Tak Mengapa Ibu-Ibu Bermalasan - Faralyna Idris

gempak
Syafiqah Jalal
06/07/2020
07:48 MYT
Sponsor Banner
Tak Mengapa Ibu-Ibu Bermalasan - Faralyna Idris
Pelakon Faralyna Idris berpendapat tidak mengapa jika seorang ibu ambil masa untuk rehat dan bermalas-malasan.
Menurut Faralyna ada masanya ibu juga mahu berehat dari melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak.
Malah pelakon kepada ibu dua cahaya mata itu berkata kaum ibu tidak perlu rasa bersalah untuk berehat sebentar.
“Bermalasn di petang Ahad. Is that okay? Saya atau kamu sebagai ibu lepak-lepak, barang tak buat apa?
“Jawapannya tak mengapa! Ada masa kita nak ambil time-off sekejap. No problem.
“Time-off dari buat kerja-kerja rumah yang sememangnya takkan habis. Time-off dari kerja-kerja lain. Time-off dari segalanya.
“Duduk lepak, baring dan take a nap with your kids, tak apa, okay je.
“After all, time-off yg kita ambil tu pon kita masih luangkan untuk anak-anak. Dalam merehatkan badan sekejap, rehatkan kepala, kita melayan kerenah anak-anak. Dapat mendalami jiwa mereka pula.
“Dont feel bad okay? Ala, cakap je time-off. Tapi curi curi juga tu mengemas sini sana kan. Mothers. Kamu semua hebat,” katanya.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya baring sebelah anaknya yang sedang tidur.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu, 2.
A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024