Tak Mengapa Ibu-Ibu Bermalasan - Faralyna Idris
Pelakon Faralyna Idris berpendapat tidak mengapa jika seorang ibu ambil masa untuk rehat dan bermalas-malasan.
Menurut Faralyna ada masanya ibu juga mahu berehat dari melakukan kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak.
Malah pelakon kepada ibu dua cahaya mata itu berkata kaum ibu tidak perlu rasa bersalah untuk berehat sebentar.
“Bermalasn di petang Ahad. Is that okay? Saya atau kamu sebagai ibu lepak-lepak, barang tak buat apa?
“Jawapannya tak mengapa! Ada masa kita nak ambil time-off sekejap. No problem.
“After all, time-off yg kita ambil tu pon kita masih luangkan untuk anak-anak. Dalam merehatkan badan sekejap, rehatkan kepala, kita melayan kerenah anak-anak. Dapat mendalami jiwa mereka pula.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya baring sebelah anaknya yang sedang tidur.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.