Tak Menyesal, Model Bunuh Bapa & Tikam Adik Kerana Laptop
Maliah Surip
31/01/2023 16:00 MYT
31/01/2023 16:00 MYT
Seorang model dari Brooklyn sempat membuat laporan palsu selepas membunuh bapa dan menikam adiknya pada 29 Disember tahun lalu.
Berusia 22 tahun, Nikki Secondino mendakwa kediamannya telah dirompak sebelum menyerang bapa dan adiknya.
Namun dia kemudian menukar cerita dengan mengaku sengaja membunuh bapa dan menikam adiknya kerana ingin mereka mati. Pengakuan tersebut dibuat tanpa sebarang penyesalan.
“Saya keluar dari bilik dan melihat ayah sedang tidur duduk di sofa dan saya pukul kepalanya. Saya kemudian mengambil pisau lalu menikamnya.
“Adik saya keluar dari bilik untuk membantu namun saya menikam kepala, perut dan bahagian belakangnya. Saya ingin mereka mati," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak berkuasa seperti dilaporkan new York Post.
Model yang juga merupakan seorang transgender ini membunuh bapa dan mencederakan adiknya selepas dipercayai terlibat dengan pertengkaran mengenai laptop.
Nikki yang kini telah ditangkap didakwa menyerang serta memiliki senjata dan berdepan enam pendakwaan.