Hiburan
“Tak Merajuk Atau Tergugat Dengan BBNU, Hanya Muhasabah Diri” – Azlan
Penyanyi Azlan & The Typewriter menafikan dakwaan menyepi dalam industri kerana tergugat dengan kehadiran penyanyi-penyanyi yang dilabel sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU).
Sebaliknya, Menurut Azlan, dia menggunakan masa dua tahun itu sebagai tempoh berehat dan muhasabah diri.
“Sebenarnya saya bukan merajuk dengan industri atau rasa tergugat dengan kehadiran BBNU, sebaliknya tempoh dua tahun ‘menghilang’ itu saya jadikan sebagai tempoh berehat.
“Dalam tempoh itu, saya mengambil tindakan untuk muhasabah diri, mengkaji dan mengenal pasti genre lagu yang disukai oleh pendengar sekarang.
“Seperti sedia maklum, aliran muzik pada masa kini juga sudah agak berubah jadi saya harus akur dengan perubahan dan peredaran itu.
“Jadi saya perlu kembali dengan idea yang lebih segar dan berusaha untuk mendapatkan ilham bagi menghasilkan lagu terbik,” katanya kepada ketika ditemui Gempak.
Dalam perkembangan terbaru, Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle kini membuat kemunculan semula dengan mempertaruhkan lagu berjudul Jangan Khianati Aku hasil ciptaannya.
Azlan juga kini bersama dengan pihak pengurusan baru iaitu Indigital Music.
Sehingga kini, lirik dan muzik video lagu berkenaan di YouTube sudah mencatat lebih 1.6 juta tontonan.