Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Tak Moden Tak Klasik” - Bakal Timang Baby Boy, Kaka Azraff Dah Pilih Nama Anak

Mya Amri 02/10/2019 | 13:34 MYT
Penyanyi Kaka Azraff mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Menurut Kaka, dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan putera sulungnya.
“Alhamdulillah saya dan anak sihat... Secara jujurnya memang rasa agak gementar bila tarikh jangkaan bersalin dah hampir.
“Perasaan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Memang gementar tapi lama-lama rasa itu dah bertukar menjadi teruja. Saya dan suami dah tak sabar nak jumpa baby.
“Doa-doakanlah semoga segala urusan bersalin saya dipermudahkan,” katanya.
Kaka ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbaru berjudul ‘Diamonds’ bertempat di Black Pearl Event, Shah Alam sebentar tadi.
Mengulas mengenai anak, Kaka mendedahkan sudah memilih nama untuk permata hatinya.
“Kalau ikutkan saya teringin anak perempuan tapi tak kisahlah, ini rezeki dan buah hati saya.
“Kami dah pilih nama untuk anak, tidak terlalu klasik dan tidak pula terlalu moden serta satu patah perkataan sahaja,” jelasnya.
Kaka dijangka bakal bersalin pada 9 Oktober depan.
Terdahulu, Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas majlis merisik diadakan pada 27 November tahun yang sama.
#Penyanyi #Hamil #Hamil #Penyanyi #Kaka Azraff #Kaka Azraff
;