,
Hiburan

“Tak Mudah Bawa Imej Wanita Berhijab...” – Sebab Ernisha Tanggal Tudung

Mya Amri
20/12/2019
05:42 MYT
Bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman mengakui tidak mudah untuk membawa imej wanita berhijab.
Menurut Erni Nurshahira atau lebih dikenali sebagai Ernisha, keputusannya itu dibuat kerana enggan mempermainkan agama selain tidak mahu dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit.
"Saya mengaku sudah tidak lagi berhijab kerana bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah.
"Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar.
"Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah.
"Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya.
Menurutnya, meskipun keputusan tidak berhijab ditentang ahli keluarga, namun dia cuba berterus-terang mengenai ketidaksediaannya itu.
"Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.
"Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.
"Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba," katanya.
Katanya, dia berharap orang ramai tidak lagi terus mengecam dirinya sebaliknya mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang.
Dalam perkembangan lain, Ernisha kini sedang mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain turut aktif menerima tawaran pengacaraan.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Aik, Dah Tak Pakai Tudung?”- Ernisha Buka Tudung

gempak
09/12/2019
10:53 MYT
Viral

"Saya Akui Memang On And Off Berhijab" - Ernisha Mohon Ruang & Tempoh Bertenang

gempak
23/01/2019
17:15 MYT
Viral

Kontroversi Video Kelab Malam & Minuman Keras: Bekas Finalis Dewi Remaja Ernisha & Fazreen Fazera Mohon Maaf

gempak
22/01/2019
07:39 MYT
Unitar