Hiburan
“Tak Mudah Nak Keluarkan Idea Baru” – Pengarah Dedah Punca Berhenti Running Man
Penerbit dan pengarah utama program realiti terkenal Running Man, Jung Chul Min mendedahkan punca utama menarik diri daripada program berkenaan.
Menurut Chul Min, punca utamanya adalah disebabkan mengalami kesukaran untuk mencari idea baru untuk Running Man selain mempunyai masalah kesihatan.
“Untuk mencari idea baru bagi setiap episod Running Man bukanlah satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila rancangan itu disiarkan setiap minggu.
“Saya sudah menjadi pengarah dan penerbit untuk Running Man selama lebh 11 tahun. Dalam tempoh tujuh tahun itu sahaja sudah didedikasikan untuk menghasilkan siri Running Man secara berterusan.
“Tambahan pula kesihatan saya tidak sebaik dulu dan lutut saya pula mengalami masalah,” jelasnya.
Terdahulu, Chul Min telah terlibat dengan Running Man sejak menyertai SBS pada tahun 2010.
Dia kemudiannya dipilih menjadi PD utama Running Man pada tahun 2017 sehingga kini.
Jung Chul bakal mengarahkan siri Running Man buat kali terakhir pada 18 Februari ini. Selepas ini posisi Jung Chul bakal digantikan oleh pembantunya iaitu Choi Bo Pil.
Running Man telah memulakan siarannya sejak Julai 2010 dengan anggota asal iaitu Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary dan Song Joong Ki.
Sumber: Soompi