Laman Utama

Tak Muncul Di Gelanggang Atlet Judo Tarik Diri Lagi, Israel Koyak Tak Tu?

gempak
Maliah Surip
28/07/2021
05:45 MYT
Sponsor Banner
Tak Muncul Di Gelanggang Atlet Judo Tarik Diri Lagi, Israel Koyak Tak Tu?
Temasya Olimpik Toky o 2020 yang sudah memasuki hari kelima diwarnai dengan pelbagai kisah daripada gelanggang masing masing.
Selain hangatnya kemenangan atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz yang meraih emas meraih emas kategori 55kg wanita dengan hanya berlatih di sebuah kampung di Melaka, Malaysia, ada banyak kisah lain yang ikut menarik perhatian dunia.
Terkini, keputusan atlet judo dari Sudan, Mohamed Abdalrasool menarik diri daripada bertemu atlet Israel, Tohar Butbul turut menjadi perhatian.
Jika mengikut jadual perlawanan, Abdalrasool yang duduk pada ranking ke 469 tidak muncul dalam pertarungan menentang Tohar yang menduduki ranking keenam dalam kategori 73 kilogram semalam.
Abdalrasool, 28, menjadi atlet judo kedua menarik diri daripada menentang atlet Israel dalam sukan sama selepas atlet Algeria, Fethi Nourine, menarik diri daripada temasya tersebut minggu lalu.
The Guardian juga melaporkan tindakan Abdalrasool tidak muncul menentang atlet judo Israel menerusi pusingan ke 32 itu membuatkan dirinya terus tersingkir daripada temasya tersebut.
Malah pihak Persekutan Judo Antarabangsa (IJF) juga tidak memberi kenyataan mengenai keputusan yang dibuat Abdalrasool untuk tidak bertanding. Selain itu Abdalrasool juga dilaporkan tidak membuat kenyataan rasmi mengenai tindakannya.
Terdahulu Fethi Nourine digantung oleh Persekutuan Judo Antarabangsa dan diarahkan untuk meninggalkan Tokyo selepas bertindak menarik diri daripada Sukan Olimpik kerana berpotensi bertemu pesaing daripada Israel.
Atlet berusia 30 tahun itu dengan berani mengatakan tidak mahu 'mengotorkan tangannya' bertemu Tohar Butbul dan rela menarik diri.
Tindakan tersebut telah membuatkan IJF mengantung sementara Nourine dan jurulatihnya, Amar Bekhlef.
Kredit Foto: IJF
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live