Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Man, bersyukur kerana kumpulan Janggo berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

Man juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong Janggo selain memberi jaminan akan memberikan persembahan terbaik.

Man juga juga memberitahu, Janggo tidak akan berputus asa untuk memperbaiki mutu persembahan mereka pentas MLS2.

“Alhamdulillah… Lepas selangkah #Janggo ke separuh akhir untuk #muzikallawaksuperstar2 mekasih kepada anda yang sudi dan sentiasa menyokong kami.

“Doa kan yang terbaik hingga ke final dan tak mustahil untuk bergelar JUARA selagi tak putus asa dan sentiasa positif. Amin,” tulisnya di hantaran akaun Instagram miliknya.

A post shared by Man (@manrajalawak)


BACA: MLS2: Lebih Lima Kali Bottom 3, Rezeki Zuzuzu Berjaya Separuh Akhir! Mashuk Pula Tersingkir

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI