Berita
“Tak Nak Bagi Dia Terasa, Saya Puasa Sekali”- Raqib Teman Tasha Manshahar Minum Air Gula
Penyampai radio Zayan, Raqib Majid memberitahu isterinya, Tasha Manshahar dinasihatkan oleh doktor untuk membuat pemeriksaan kencing manis selepas berat badan naik dengan mendadak ketika hamil.
Bagi membuat pemeriksaan tersebut, Raqib berkata isterinya perlu berpuasa semalaman dan minum air gula.
Menurut Raqib, dia turut menemani Tasha berpuasa supaya isterinya tidak terasa keseorangan.
“Bila tasha nak ikut saya pergi event, saya bawakla. Lately ni dia byk makan dan saya tak pernah halang dia nak makan apa asalkan makanan tu masih boleh dan sesuai untuk dia makan. Saya perati makin hari makin comel plak dia. Sekali pegi check up 'ha komfem badan dah naik mendadak' . sebab tu terlalu comel skrg
“Jadinya doktor minta check MGTT nak tau ada kencing manis ke tidak. So pukul 12 malam sehari sebelum check up kena puasa sampai 8 pagi esoknya. Saya pun taknak bagi dia terasa, saya pun puasa skali. Saya pun bermain ps4 sambil berzikir hahahaha. Sebab selalu main ps4 ade le benda nak makan
“Esok pagi pegi klinik pukul 8 pagi. dah minum air gula, kena tunggu pulak 2 jam sampai pukul 10pagi, ambil darah lepastu baru boleh makan. kesian saya tengok ibu mengandung, so jgn la sesekali derhaka pada mak ayah
“So result nye akan keluar sabtu ni inshaAllah sama ada tasha ade kencing manis ke tidak? Minta semua doakan ye supaya kami semua sehat sejahtera. 'Amin' kan please,” tulisnya.
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya, memuji sikap Raqib yang baik melayan isterinya yang sedang hamil.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.