Tahun ini, lagu raya baharu dendangan artis tempatan kembali rancak dilancarkan selepas lebih dua tahun negara berhadapan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Tidak mahu ketinggalan menceriakan sambutan Syawal kali ini, Ayu Damit tampil dengan single berjudul Riang Ria Lebaran ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri.
Turut menyumbang suara di dalam lagu ini ialah Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Iran, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, idea Riang Raya Lebaran tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.
"Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.
"Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan? Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah.
"Komitmen yang diberikan semua sangat baik dan proses menyiapkan lagu ini hanya ambil masa seminggu sahaja. Penggambaran muzik video dilakukan di kediaman pengasas Jamu Mak Dara, SM Gadaffi Syed Ali atau Habib di Beverly Height, Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga 1 pagi keesokan harinya.
"Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music," katanya.
Ayu berkata demikian ketika ditemui di Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.
"Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.
"Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi," katanya lagi.
Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022.
Amri Hassan
Sat Apr 23 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!