Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Amylea Azizan menyatakan dirinya amat selesa bekerjasama bersama penyanyi yang juga rakan baiknya, Kaer Azami.

Menurut Amylea, keserasian ketika menyanyi mahupun di luar studio amat penting untuk menghasilkan karya yang berkualiti.

"Buat masa ini, saya tak mahu berduet dengan artis lain selain dari Kaer kerana kami sudah cukup serasi bekerjasama.

"Saya tak nak berduet dengan orang lain selagi Kaer masih mahu berduet dengan saya.

"Saya akui bukan mudah untuk mendapatkan keserasian sebegini, kami amat serasi ketika bekerja mahupun ketika berada di luar", kata Amylea.

Amylea ditemui di majlis Media Gathering Kaer & Amylea bertempat di Tony Roma's, e@Curve, Petaling Jaya pada petang semalam.

Pasangan duet ini bakal mengadakan showcase Amylea X Kaer : Chapter Three bertempat di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.

Teks : Asraf Aided