Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tak Nak Lah Jadi Hipokirit”- Semakin Seksi? Ini Jawapan Eyka Farhana

Syafiqah Jalal
21/03/2022 06:51 MYT
Pernah menjadi kecaman netizen gara-gara imejnya yang dikatakan semakin seksi, pelakon Eyka Farhana akui apa yang dipakai hanya mengikut keselesaan.

Pun begitu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, memberitahu dia masih menjaga batas penampilan yang diakatkan masih tidak keterlaluan.

“Rasanya dari segi pakaian saya, dari dulu saya akan pakai yang mengikut keselesaan. Lagipun kalau tengok dalam media sosial, tak rasa saya seorang saja yang pakai menonjol.

“Malah, saya bukanlah seorang yang jenis memakai pakaian yang menampakkan lurah dendam. Saya masih tahu jaga penampilan,” katanya kepada Astro Gempak.

Eyka menjawab kontroversi itu ketika ditemui usai majlis tayangan filem lakonannya, Autumn In Wales pada Jumaat.

Terdahulu, Eyka menjadi perhatian netizen apabila berkongsi gambar memakai pakaian yang kelihatan agak seksi sehingga dilabel ‘tidak cukup kain’.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon itu berkongsi foto menunjukkan dia memakai gaun hitam paras paha dengan gaya reben besar menutupi bahagian dadanya.

“Saya pakai apa yang saya selesa. Sebab tak naklah jadi hipokrit. Dalam media sosial tak kongsi, tapi kalau jumpa depan-depan, peminat tengok diri saya yang sebenar.

“Sebab itu saya mahu jadi sendiri. Walaupun dulu ada komen kecaman, tetapi lama-lama peminat dah dapat terima diri saya begini dan mereka pun boleh faham,” ujarnya.

Mengulas mengenai cabarannya berlakon dalam Autumn In Wales, Eyka memberitahu cuaca yang agak sejuk di United Kingdom telah menyukarkannya berdialog.

“Selain ia filem pertama saya berlakon dalam genre komedi, cabaran paling ketara berlakon dalam Autumn In Wales adalah keadaan cuaca di Wales.

“Ia sangat sejuk hingga 2 darjah celsius. Bayangkan bila sejuk sangat, saya nak berdialog pun susah hingga terpaksa mengambil masa untuk memanaskan badan dahulu sebelum memasuki penggambaran,” ceritanya lagi.

Selain Eyka, Autumn In Wales arahan Rahila Ali ini turut dibintangi oleh Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy.

Filem romantik komedi yang menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom itu bakal menemui penonton di Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022.

Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasih yang rupanya dua alam.

Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
#Eyka Farhana #Seksi #Autumn In Wales #Hipokrit
;