Sekeping foto selfie aneh penyampai radio Fizi Ali dan Issey Fazlisham tular di media sosial.

Situasi menyeramkan itu dakwa netizen gara-gara bayangan imej wajah Fizi di cermin tidak selari dengan kedudukannya di hadapan kamera.

Akui Fizi dia sendiri menyedari kejadian tersebut.

"Betul cakap orang tua-tua, jangan suka sangat bila nak waktu Maghrib. Sekarang tak tahu nak menangis ke nak apa," tulisnya pada kapsyen foto berkenaan.

betul cakap orang tua2..jangan suka sangat bila nak waktu maghrib..sekarang tak tau nak menangis ke nak apa???

A post shared by Fizi Ali (@fizialisuria) on


Bagaimanapun, dedah Fizi ketika dihubungi Gempak, foto berkenaan hanyalah suntingan hasil daripada tutorial di YouTube.

Gurauan pada mulanya menjadi realiti apabila berlaku beberapa perkara aneh dalam bilik hotel yang diinapnya ketika berada di Pahang baru-baru ini.

"Mula-mula edit nak bergurau, lepas tu kena kacau betul-betul.

"Lepas post gambar itu, kami keluar sekejap tetapi apabila balik semula ke hotel semua pintu sliding dan langsir terbuka macam ada benda masuk.

"Terus kami minta maaf, nasib baiklah 'benda itu' sekadar bagi warning sekali sahaja.

"Rupa-rupanya, hotel yang kami duduk itu memang orang cakap berhantu.

"Pengajarannya, jangan main-main 'dia' akan datang betul!" katanya.

Fizi bernasib baik kerana cuma menginap semalamam di tempat berkenaan.

"Ada yang nasihatkan kami tukar bilik, tapi kami tak mahu. Mujurlah satu malam saja, kalau lama-lama haru-biru jadinya," tambah Fizi lagi.