Tak Nak Majlis Kahwin Kena Kecam, Raja Syahiran Fokus Stabilkan Ekonomi & Kewangan
Zulaikha Yusof
22/04/2021 01:30 MYT
22/04/2021 01:30 MYT
Meskipun berniat untuk menamatkan zaman bujang secepat mungkin, penyanyi Raja Syahiran, 28, memilih untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi sebelum berkahwin dengan pelakon dan pengacara Uyaina Arshad, 29.
Menurut Syahiran atau nama sebenarnya Raja Syahiran Raja Azhanrianshah berkata dia enggan terburu-buru dalam menyusun atur urusan perkahwinan hanya semata untuk memuaskan hati orang lain.
"Perkahwinan bukan setakat majlis perkahwinan saja, tetapi kehidupan selepas bergelar suami juga adalah tanggungjawab besar. Ekonomi dalam situasi pandemik seperti sekarang sedikit sebanyak memang terjejas.
"Jadi, saya perlu menstabilkan dulu ekonomi saya kerana saya perlu memikirkan juga mengenai tanggungjawab dan tanggungan saya bukan saja sebagai suami, tetapi juga sebagai anak kepada ibu bapa saya. Saya juga nak siapkan fizikal, mental dan juga kewangan terlebih dahulu.
"Kami tak nak terburu-buru menyusun atur urusan perkahwinan ini atau hanya kerana mahu mendengar kata orang.
"Lagipun dengan situasi pandemik yang belum pulih ini, ia juga menjadi kerunsingan buat kami. Mungkin ada hikmah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini masih dilaksanakan dan ia membolehkan kami untuk fokus pada kerjaya dahulu," katanya kepada Gempak.
Syahiran ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Dalam pada itu, peserta program Dansa Dan Sing akui ingin mengelak daripada melakukan majlis perkahwinan ketika dalam tempoh PKPB.
Katanya, dia tidak ingin ada isu lain timbul yang mengakibatkan hari bahagianya bersama pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa terganggu.
"Boleh saja kahwin ringkas di pejabat agama, tapi kami ada perancangan sendiri. Nak buat majlis sekarang pun, tengoklah kebelakangan ini apa yang berlaku?
"Kalau boleh nak elak isu sebagaimana yang terjadi dengan majlis Neelofa misalnya. Ini kerana bagi saya, perkahwinan ini sepatutnya mendapat doa yang baik-baik daripada semua pihak. Tak naklah kena kecam.
"Jangan risau, bila betul-betul sudah ada tarikh kahwin nanti, kami akan maklumkan pada semua. Tiada istilah nak berahsia," katanya lagi.
Pada November tahun lalu, Syahiran telah menghantar rombongan keluarga untuk merisik Uyaina dalam sebuah majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Hanya 10 bulan perkenalan, Syahiran nekad untuk menjadikan bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015 sebagai teman sehidup semati.