"Tak Nak Melayu Sebab Sibuk Nak Kahwin Banyak" - Farah Lee Gurau Soal Pengganti Bekas Suami

Zulaikha Yusof
November 22, 2018 01:14 MYT
Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee meluahkan rasa rindu terhadap anaknya, Maream Esbel.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Farah mendedahkan Maream sering kali meminta kepadanya supaya diberikan adik.
Farah memberitahu dia belum menemui pengganti bekas suaminya, Ally Iskandar.
Menerusi hashtag di kapsyen tersebut, Farah berseloroh dengan menyatakan dia menginginkan seorang lelaki yang bermata biru tetapi tidak mudah untuk dijumpai.
Malah, Farah juga bergurau dia tidak menginginkan lelaki melayu kerana dia seorang yang setia untuk dimadukan.
Rata-rata pengikut Farah di laman Instagram terhibur dengan hashtag malah memberikan sokongan supaya Farah terus mencari pengganti.
Farah dan Ally pernah mendirikan rumah tangga tetapi hanya berkekalan selama empat tahun.
Mereka disahkan bercerai pada Ogos 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel.
#Ally Iskandar #Farah Lee