Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini
Maliah Surip
26/03/2023 12:53 MYT
26/03/2023 12:53 MYT
Aktor popular Indonesia, Baim Wong melahirkan keinginan untuk menjalani bulan Ramadan pada tahun ini dengan tidak melepaskan peluang menjaga ibadat sebaik mungkin.
Selain tidak mahu tertinggal menunaikan solat Terawih secara berjemaah, dia juga berikrar untuk khatam Al-Quran dalam bulan yang mulia ini.
Kata Baim yang juga terkenal sebagai YouTuber, dia tidak mahu menyesal kerana tidak dapat melakukan ibadat dalam bulan Ramadan kerana sibuk bekerja.
“Memang di bulan Ramadan saya juga masih mengambil pekerjaan termasuk program sahur.
“Tapi saya mahu menjaga stamina selain mahu lebih mendekatkan diri dengan Allah.
“Salah satunya adalah mahu khatam Al-Quran dan jaga terawih. Alhamdulillah, terawih masih terjaga.
“Baca Al-Quran itu selalunya, bila sudah habis Ramadan, baru nak menyesal sebab tak habis buat,” kata Baim Wong seperti dipetik dari Kompas.com.
Baim menambah dia kali terakhir khatam Al-Quran pada tahun 2019. Lantaran itu dia sangat berkobar-kobar untuk kembali khatam Al-Quran setelah beberapa tahun gagal menyempurnakan niatnya.
“Saya tak ingat kali terakhir khatam Al-Quran mungkin pada tahun 2018 atau 2019. Selepas itu membaca rasa sangat berat, ada saja alasannya dan kemudian menyesal.
“Seperti tahun ini sebenarnya saya sudah terlewat membaca Al-Quran. Tapi sebenarnya saya sangat mahu khatam Al-Quran kerana tidak mahu menyesal,” katanya bersungguh-sungguh.